Sejarah SK Sungai Korok

 

Mengikut rekod JKR 32, Sek. Keb. Sungai Korok mula didirikan pada 1885. Guru Besar yang pertama  bernama Tn Hj. Mohd Zain b. Md Ujer. Hanya murid-murid lelaki sahaja yang belajar di sini. Pada 1884 terdapat 48 orang murid.

Mengikut pendapat seorang penduduk (Md. Desa b. Omar) yang bersekolah pada 1.12.1896, tapak bangunan sekolah ini adalah tapak asal. Bangunan ini berbumbungkan atap nipah dan berdindingkan pelupuh.

Pada 1906, mengikut rekod (JKR 1625) , murid-murid perempuan mula bersekolah di sini. Mereka belajar di rumah Guru Besar ketika itu yang bernama Pn Misah bt. Said.

Rumah tersebut telah disewakan oleh kerajaan kira-kira setengah batu dari sekolah yang ada sekarang. Menurut cerita anak Guru Besar tersebut, En Ahmad b. Said guru penolongnya bernama Pn Hjh Rafeah bt. Ishak.

Pada 1924, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya memanggil guru-guru berkhdimat di sini.

Pada 1926, Bangunan tersebut telah dipindahkan ke tempat sekarang ini.

Pada 1934, murid lelaki dan perempuan belajar bersama. Mereka belajar dalam bahasa rumi.

Pada 4 Mei 1959, sekolah beratap nipah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru.

Pada 7 Oktober 1959, Projek pembinaan sekolah baru dimulakan.

Pada 23 Jun 1960, sekolah baru siap didirikan dan dirasmikan pada 26 Jun 1960 oleh Pengelola Sekolah-sekolah Kebangsaan iaitu En Izhab b. Alang Ismail.

Pada 19 Jun 1968, sebuah kantin sekolah siap didirikan bersebelahan dengan bangunan yang ada sekarang.

Pada Oktober 1973, sebuah bangunan tambahan didirikan dan beroperasi pada Januari 1975 dan sebuah lagi bangunan baru 3 tingkat didirikan dan siap pada Disember 1994.

 

Keluasan Sek. Keb. Sungai Korok. Mukim D Daerah Barat daya.

        Lot 129 (i)
        Lot Baru 332
            Keluasan : 0.482 ekar

        Lot 129 (ii)

        Lot Baru  333
            Keluasan : 0.678 ekar 

No. Bangunan  : JKR 1625

 

Asal usul perkataan KOROK.

 

Sungai Korok berasal daripada sebatang sungai yang telah dikorek pasirnya dan dibina semula oleh seorang taukeh kilang padi  yang bernama Loh Ah Lian.

Lesung menumbuk padi kilang tersebut menggunakan kuasa air untuk menjalankannya dan air sungai tersebut mengairkan kawasan sawah padi yang beratus ekar luasnya.

Menurut seorang guru bersara iaitu  Tn Hj. Md Ghazali b. Hj.Hamzah (65 tahun),

"Perkataan Korok sebenarnya berasal daripada perkataan korek dan disebabkan lidah orang-orang Jawa (yang telah melarikan diri dari penindasan bekerja di ladang kelapa sawit), Sungai Korek bertukar menjadi KOROK dan sebab itulah disebut Sungai Korok."

"Wallahuallam".....

 

Memori SK.Sg.Korok mengikut zaman